Saturday, June 20, 2009

Jambatan Ketiga

Adakah jambatan ketiga merupakan satu keperluan untuk rakyat Johor?

Banyak faktor perlu diambil kira untuk memastikan idea ini merupakan satu pelaburan yang berjaya kepada negara. Di bawah beberapa faktor yang perlu diambil kira :

1) Mengganggu perjalan kapal - kapal dari dan ke Kepelabuhan Pasir Gudang.
2) Meningkatkan kualiti air dengan adanya aliran air di selat Johor akibat dari perobohan tambak Johor.
3) Mengurang masalah kesesakan trafik di kawasan tersebut.
4) Meningkatkan potensi pengembangan ekonomi di selatan Johor hasil dari perobohan tambak Johor.
5) Membolehkan Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tanjung Puteri dapat digunakan sepenuhnya.

Maklumat diatas merupakan idea yang diperoleh dari komen - komen yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir di akhbar Utusan baru - baru ini dimana saya dapati pandangan beliau agak logik dan mempunyai fakta kukuh.

Oleh itu kerajaan haruslah mempertimbangkan fakta - fakta di atas dengan teliti agar setiap pelaburan yang dikeluarkan menguntungkan dikemudian hari kelak. Saya percaya, Malaysia mempunyai ramai pakar - pakar yang arif dalam bidang ini dimana saya berpendapat kerajaan juga harus mendapatkan imput dari mereka.

No comments:

Post a Comment