Saturday, August 29, 2009

Merdeka


1) 31hb Ogos 2009 (Isnin) genaplah 52 tahun negara yang tercinta ini merdeka. Sebagai rakyat Malaysia aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA kepada negaraku.

2) Nampaknya segala penat lelah pejuang kemerdekaan negara dahulu berbaloi. Tetapi kita tidak boleh lena dek olehnya, oleh itu hayati sajak ini untuk renungan bersama:

Perjuangan Yang Belum Selesai – Dr. Mahathir Mohamad
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Thursday, August 20, 2009

Antara Iman dan Islam

Kebolehan Nik Aziz 'dikagumi'

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan 'kebanggaan dan kekagumannya' terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menjadi satu-satunya individu yang boleh menentukan manusia masuk syurga atau neraka.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz adalah manusia istimewa yang 'lebih daripada manusia biasa' kerana insan lain hanya selepas mati baru mengetahui sama ada akan memasuki syurga atau neraka, itupun tidak boleh kembali ke dunia untuk menceritakannya semula.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada sesiapa yang ingin mengetahui destinasi masing-masing selepas mati, pergilah bertanyakan kepada Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya tahu Nik Aziz dah pergi tengok syurga dan neraka sebab itulah dia boleh cakap dengan jelas. Orang lain semua tidak boleh, dia satu-satunya orang yang lebih daripada manusia biasa kerana manusia biasa hanya selepas mati baru boleh pergi syurga, tetapi dia tidak boleh balik untuk ceritakan semula.

"Kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka, cuma apa yang kita tahu sebagai manusia kena hidup sebagai orang baik. Tetapi tidak boleh pula cakap orang baik tidak ke neraka kerana kadang-kadang mereka juga buat silap, menghina orang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima Anugerah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) sempena konvokesyen ke-10 universiti berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama, Canselor dan Presiden IMU, Tan Sri Dr. Sulaiman Daud dan Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.

Tambahnya, beliau bangga dengan kebolehan Nik Abdul Aziz yang dapat menentukan pihak mana akan menjadi ahli syurga atau dimasukkan ke dalam neraka.

"Siapa yang nak tahu (masuk syurga atau neraka) lebih baik pergi tanya dia, dahulu ada seorang wanita yang buat salah pergi berjumpanya dan Nik Abdul Aziz ampunkan dia.

"Kalau ada manusia yang boleh ampunkan dosa orang lain, saya tidak tahulah, barangkali ilmu agama dia begitu tinggi," katanya.

Beliau juga ditanya mengenai keperluan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa memandangkan telah terlalu banyak kenyataan berbentuk ekstrem dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz sejak kebelakangan ini.

Dr. Mahathir berpendapat, fatwa khusus tidak perlu kerana umum telah mengetahui tiada manusia dalam dunia ini yang boleh tentukan mana-mana individu sama ada akan ke syurga atau neraka selepas mati.

"Walaupun orang itu betul-betul warak sekalipun, mungkin dia ada niat buat benda tidak baik maka kebarangkalian dia akan ke neraka juga ada," katanya.

My view:

Saya bertanya kepada diri sendiri dan sesiapa saja:

1) Adakah kita Islam tidak semestinya kita beriman?

2) Adakah kita beriman tidak semestinya kita Islam?

3) Pada pandangan saya iman dan Islam adalah perkara yang amat berkait rapat, ianya tidak boleh dipisahkan, kalau kita Islam sudah semestinya kita Islam kan?

4) Sama ada Islam kah kita atau berimankah kita bergantung kepada budi bicara Allah, bukannya kita yang akan tentukan, bukankah itu hak Allah untuk tentukannya?

5) Begitu juga dengan penentuan seseorang itu samaada hendak masuk syurga atau tidak, juga merupakan hak dan kuasa Allah, kita tidak boleh tentukan?

6) Pada hemat saya, selagi seseorang itu masih mengakui dirinya Islam dan beriman, masih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beriman dan sebagai seorang Islam, maka kita tidak boleh menentukan seseorang itu akan masuk syurga atau neraka?

7) Nik Aziz terlalu dibalut oleh perasaan kebenciannya sehinggakan menguasai diri dan telah mengeluarkan kenyataan yang amat meragukan ini. Adakah ini yang diajar oleh Islam? Tidak sama sekali.

8) Inilah yang terjadi kepada Islam sejak Rasullullah wafat, bermacam - macam intipritasi terhadap Islam telah dikeluarkan oleh umatnya sendiri sehinggakan umat Islam berpecah, sedangkan kita sesama Islam adalah bersaudara.

9) Kelemahan Islam telah disebabkan umatnya sendiri yang terpesong dari ajarannya yang sebenar. Inilah saudara kita yang mengintipritasikan Islam berdasarkan pandangan dan hawa nafsu sendiri. Lebih teruk lagi ianya dibuat oleh ahli politik yang kononnya bertaraf ulama, sesiapa yang merupakan penyokong - penyokong fanatiknya pasti akan menerima bulat - bulat kenyataan beliau.

10) Bolehkah keislaman, keimanan dan ketentuan kita samaada ke syurga atau ke neraka ditentukan oleh hamba Allah ini?

11) Saya berasa amat sedih dengan apa yang menimpa terhadap agama saya hanya semata - mata ingin mendapat populariti politik sehinggakan menyebabkan kita lupa asas - asas dan batas - batas agama kita yang amat dicintai ini.

Sunday, August 16, 2009

Tributes To The Late Richard Wright

Remembering the late Richard Wright:



I would like to this opportunity to express my heartfelt condolence to Richard Wright family who had lost their most beloved person.

Saturday, August 15, 2009

PAS Halalkan Tindakan DAP


Pas halalkan tindakan DAP

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

Dr. MAHATHIR Mohamad (kanan) melihat Pameran 1Malaysia Lat selepas merasmikannya di pusat beli-belah Bangsar di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Kartunis, Mohd. Nor Khalid (kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pas terpaksa membisu apabila pemimpin DAP menghina Islam demi menjaga hubungan mereka dalam pakatan pembangkang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu dengan sinis berkata, apabila seseorang mahu berkawan, mereka mestilah mencari alasan untuk menghalalkan tindakan rakan mereka.

"Datuk Nik Aziz Nik Mat kata tidak apa kerana dia (DAP) bukan orang Islam, jadi orang bukan Islam boleh hina Islam dan hanya orang Islam yang tak boleh hina.

"Kalau kita nak berkawan dengan orang, kita kena cari alasanlah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran 1Malaysia Lat di Bangsar Shopping Centre di sini hari ini.

Kelmarin, Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beranggapan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Mengenai wabak selesema babi atau influenza A (H1N1), Dr. Mahathir berkata, beliau kurang bersetuju dengan kaedah penutupan sekolah bagi mengekang penularannya.

"Nak tutup sekolah ini satu perkara yang serius. Ini (membabitkan) pelajaran anak-anak kita. Jadi, sebelum buat keputusan nak tutup (sekolah), kita kena fikir dulu.. kena ada penanda aras yang wabak itu sedang merebak.

"Lebih baik lagi, kita tidak tuduh orang itu salah, orang ini salah. Kita jaga diri kitalah," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana kesedaran masyarakat mengenai wabak berbahaya itu belum memuaskan.

Mengenai pameran 1Malaysia Lat, Dr. Mahathir berkata, karya yang dihasilkan kartunis kebanggaan negara itu berjaya merakamkan perubahan yang dilalui oleh negara ini.

Katanya, karya-karya itu juga menampilkan cara hidup rakyat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum tetapi rakyatnya dapat berinteraksi dengan baik.

Pameran yang menampilkan 60 karya Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd. Nor Khalid berlangsung bermula hari ini dan berakhir pada 31 Ogos ini.

My View :

1) Inilah rupa Nik Aziz yang sebenar, beliau sanggup menjual Islam atas tujuan politik sempit beliau.

2) Inikah pemimpin yang kita mahu? Sebab itu ulama tidak boleh jadi ahli politik, kalau ulama jadi ahli politik, mereka akan membuat intepritasi terhadap agama berdasarkan pandangan politik mereka.

3) Sebelum ini pun beliau pernah membuat kenyataan yang meragukan, seperti boleh berkawan dengan syaitan untuk membuktikan hujah beliau dari sudut Islam.

4) Pada pandangan aku, Nik Aziz ini sudah nyanyuk, beliau menjadi terlalu taksub dengan pandangan politik beliau sehinggakan lupa dasar - dasar dan tanggungjawab asas apabila mengeluarkan pandangan beliau.

Thursday, August 6, 2009

Umno Youth may join Pas in rally

2009/08/06

Sajahan Abdul Waheed

KUALA LUMPUR: Umno Youth may walk together with Selangor Pas
Youth in a rally tomorrow calling for Selangor executive councillor Ronnie Liu to be stripped of his local government portfolio.

Umno Youth executive council member Tengku Azman Tengku Zainol
Abidin, however, set a condition that Pas Youth must first obtain a police permit for the demonstration.
“We are ready to join forces with Selangor Pas Youth and participate in the rally as we are on the same wavelength in this issue.
“We hope they can tell us the place and time but on condition that they obtain a police permit. Otherwise, we will not get involved,” said Tengku Azman yesterday.
Tengku Azman said he had discussed the matter with Umno Youth head Khairy Jamaluddin and had obtained his approval.
On Tuesday, Selangor Pas commissioner Datuk Hasan Ali had called for Liu to be stripped of his portfolio for interfering in the work of local councils including in a beer seizure operation last week.
Hasan cited another example of interference when he claimed Liu

allegedly spoke to the State Islamic Religious Council officer over a raid they were conducting in Bandar Sunway.
The planned Umno Youth and Selangor Pas Youth walk is the latest
development arising from what has been described as trouble or a

deepening friction in Selangor PKR.
Meanwhile, Selangor Pas Youth chief Hasbullah Mohd Ridzwan said
the planned rally would proceed at the Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah Mosque in Shah Alam tommorow whether or not there was
a police permit.
“We will apply for a police permit but even if it is rejected, we will still proceed. It is our practice to organise demonstrations with or without police permits.
“Normally we organise demonstrations when we feel that there is no other way to resolve the problem.”
However, Hasbullah said a final decision on whether to proceed or not with the demonstration would only be made today.
“We have submitted amemorandum to Liu on Tuesday and we want to see his response first on the matter.
“That aside,we also want to see whether the state executive
council meeting had discussed the issue. Only then will we make our decision whether to proceed or otherwise with the demonstration.”
On Umno Youth’s offer to participate in the demonstration,
Hasbullah said: “We invite any fellow Muslims to participate
in the demonstration and there is no restriction to those who are interested.

My view:

1) I don't agree with UMNO youth decision to joint PAS youth in demonstration to force this bloody Ronnie Liu to step down.

2) Let them solve their own internal problem until Selangor people make their own decision when the time come.

3) Demonstration and street politicking is not UMNO/BN way, by doing so, it will force UMNO/BN to swallow it own spat.

4) This is a cheap politicking played by opposition which is against UMNO/BN way. By dancing the same rhythm with them will vulnerable to UMNO/BN in the future or it may regarded to "the pot calling the kettle black'.

5) Clearly, it is the most stupid thing ever done by UMNO/BN who is already lead by stupid and bloody corrupted leader.

Sunday, August 2, 2009

Bila Kacang Lupakan Kulit

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee
SAYA dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk Nasib Melayu di Bumi Melayu. Saya dituduh penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.

Saya mengucapkan terima kasih atas yang respons. Saya tidak berhasrat memberikan respons, kerana malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan mereka ini profesional. Orang sebegini tidak layak dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.

Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya. Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung. Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina. Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf. Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata benar. Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun. Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?

Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian. Kedua-dua ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah. Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita? Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita? Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina. Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias. Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain. Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya? Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.

Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan. Begitulah sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit. Pada saya, hujah yang dikemukakan haruslah dibalas dengan hujah yang berasaskan fakta dan ilmu, bukan menyerang peribadi.

Saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan. Tajuk tesis saya berkaitan dengan "persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO". Hujah yang saya lontar itu adalah daripada sebahagian kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif. Apakah yang berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang menghantui diri sehingga tidak sedar diri?

Itupun nasib baik saya tidak ada rekod buruk sebelum ini seperti ahli politik dan penulis lain. Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata mengecam saya. Inilah budaya perkauman dan budaya 'pandir' yang telah dicanangkan sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka memahami sejarah sehingga menjadi manusia tidak mengenang budi. Malah mereka ini menjadi semakin ultra kiasu dan tidak menerima hakikat yang sebenar.

Saya tidak mendapat satu sen pun daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan. Begitu juga saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam. Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain - lain kemewahan. Saya bersyukur dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa. Malangnya, bila ada komen saya yang menyebelahi kerajaan / UMNO saya akan dituduh macam - macam. Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji melambung. Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa bermuhasabah apabila dikeji.

Saya menulis atas kebenaran. Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan celik perlembagaan. Saya tahu asal usul saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia atau pun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan sedemikian akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudah - sudah.
Saya tidak menuding jari terhadap siapa benar atau siapa salah. Saya tidak ada masalah bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan akademik, bukan berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud. Janganlah jadi pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri. Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri. Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak, malah mengusutkan sesuatu yang telah kusut. Terus terang saya katakan, setelah membandingkan Malaysia dengan negara lain, ternyata Malaysia lain daripada yang lain. Amat unik dan toleransi amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu. Selaku rakyat berbangsa Cina, saya rasa amat bertuah hidup di bumi bertuah ini.

Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah. Mereka adalah orang Cina seadanya seperti di negara China. Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan kecinaan (atau keindiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini? Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain - lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti disimilisasikan dahulu sebelum menjadi warga negara.

IDENTITI

Di Thailand, pada tahun 1930-an semua identiti kaum Cina dihapuskan termasuk meroboh semua sekolah Cina. Hari ini, orang Cina di Thailand tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasasikan menjadi orang Thai (Siam). Tidak ada beza antara orang Thai dan orang Cina, mereka sudah tidak ada semangat Cina. Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negara China. Begitu juga di Indonesia.

Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur. Berbeza dengan di Malaysia, sudahlah namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia, keadaan masih banyak tidak berubah. Orang Cina tetap dengan kecinaannya. Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan dan tidak mahu ambil tahu langsung tentang adat budaya Melayu. Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu. Istilah yang digunakan terhadap orang Melayu pun istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku. Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejutkan, orang Cina akan berjuang habis - habisan sebarang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah. Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah dengan sekolah Cina dan semangat kecinaan mereka.

Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina. Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam melalui pergaulan. Begitu juga dengan sahabat - sahabat saya yang lain. Saya tahu sensiviti orang Melayu. Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan oleh Allah SWT, darahnya tetap darah Cina. Jika saya ditakdirkan dilahirkan di kawasan orang Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah negara.

Sejarah Malaysia adalah berakarkan sejarah Melayu. Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat dipisahkan dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan Melayu, tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah. Ketuanan Melayu bukan merujuk kepada hubungan antara "tuan" dan "hamba". Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah Melayu. Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Justeru, tidak salah penggunaan istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina bangsa lain.

Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja - raja Melayu dan hak - hak istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir itu tidak salah. Apa yang penting perlaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasi semua kaum. Jika ada pun diskriminasi atau ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?

Saya masih ingat apabila Teresa Kok dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea mewujudkan sebuah bandar Cina. Di situ ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik pelabur - pelabur dari negara China. Adakah idea ini tidak rasis? adakah saya yang mengbangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh rasis. Jangan jadi gajah di depan mata tidak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas. Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia? Apakah politik sebegini tidak rasis? Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.

Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya. Saya masih tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang - pejuang Cina yang gugur menentang Jepun di Tanah Melayu 1942 - 1945. Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang telah terkorban mempertahankan Tanah Melayu. Fakta ini salah dan menyeleweng.

Ketika tugu sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak dibina. Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malays (PKM) untuk menentang Jepun. Ini disebabkan sejarah politik, perang, permusuhan Jepun - China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling berperang dan berdendam antara satu sama lain. Penentangan China terhadap Jepun dan penginayaan Jepun terhadap orang Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. MPAJA adalah alat PKM. Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, PKM mempunyai cita - cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu.

MEMPERJUANG

Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah? Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan Nilai dan menjadi pusat penyembahan. Apakan saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis. Adakah yang membina tugu itu tidak rasis?

Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis? Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini. Kita ada kolej / Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan), Kolej New Era (Dong Jiao Ziong), Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan bermacam - macam lagi institusi berasaskan kaum. Adakah ia tidak rasis? Siapakah yang sebenarnya rasis? Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?

Ia tidak termasuk nama - nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu tertentu dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar pelancong memahaminya. perlukah kita mengajar pelancong dengan bahasa mereka sendiri? Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa rasmi di sini. Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan. Adakah ini tidak rasis? Kemanakah kita hendak bawa negara Malaysia? Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung. Apa pun yang berlaku kita perlu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah.

Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang bukan Melayu. Pendek kata, kita perlu saling hormat - menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak diabaikan.

Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itu hakikat yang sebenar. Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, mengguna wang sendiri mereka. Kebanyakan rumah ibadat kaum - kaum lain dibina atas tanah kerajaan. Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam perlembagaan. Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. Sudah pasti dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama - agama lain.

Begitu juga dengan DEB. Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Sila baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan Joo Lan dalam bukunya The Chinese Malaysian Contribution. Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya. Jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar adalah orang Cina. Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan sama. Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata - mata. Jawapannya tidak, banyak faktor yang menyumbang seperti dasar - dasar kerajaan, kejayaan DEB dan sebagainya. Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata - mata kerana usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.

Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal - usul sejarah Malaysia terlebih dahulu. Bagaimana identiti sesebuah negara tercabut disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak, sedangkan kita tahu Tanah Melayu, boleh terus kekalkan Tanah Melayu. Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu. Kenapakah sebuah negara Melayu terlepas menjadi negara Cina di kepulauan Melayu? Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasig kita berada di sini?

Masyarakat majmuk bukan belaku secara semula jadi. Semua negara bermula dengan satu bangsa. Nama bangsa tersebut, biasanya menjadi nama sebuah negara tersebut. Misalnya, Melayu - Tanah Melayu, Cina - China, India - India, Siam - Siam (Thai), Vietnam - Vietnam, Arab - negara - negara Arab, Barat - negara - negara kulit putih dan sebagainya. Kemajmukan sebuah negara berlaku disebabkan penghijrahan. Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa? Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik? Orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan negara - negara kepuluan mereka sendiri, sedangkan orang lain mungkin ada tempat yang hendak dituju.

Bandingkan juga dengan Singapura, sebuah negara Melayu yang jatuh kepada majoriti orang Cina. Adakah nasib orang Melayu terbela? Adakah kerajaan Singapura mempercayai orang Melayu? Berapa ramai orang Melayu dilantik menjadi menteri dan jawatan - jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain - lain? Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu? Orang Melayu merempat di bumi sendiri. Adakah kita mahu ia berlaku di Malaysia?

Dalam isu Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu dibela. Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan - pandangan yang boleh mengguris hati orang lain. Orang Melayu tidak hanya ada dalam PKR dan PAS sahaja, orang Melayu juga ada dalam UMNO, parti - parti lain dan ada yang tidak menyertai mana - mana parti politik.

Adakah kerana kita berada dalam Pakatan Rakyat (PR), bermakna kita hanyan perlu menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja. Bagaimana dengan yang lain? Saya mengaitkan isu Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama. Mana ada satu pun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin.

Jika adalah orang Islam yang telibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah salah individu. Jangan pula agama disalahkan. Agama itu terlalu suci. Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil. Bila saya bercakap seumpama ini saya dituduh tali barut UMNO. Apakah UMNO itu terlalu buruk? Apakah UMNO itu tidak ada jasa langsung terhadap orang Cina atau Melayu yang lain? Adakah kejayaan orang Cina ini berlaku dengan secara semula jadi? Apakah UMNO itu terlalu buruk? Memang tidak dinafikan bahawa UMNO ada kelemahan, kerana UMNO itu ditakbirkan oleh manusia. Jika ada penyelewengan dan korupsi dalam UMNO, itu adalah segelintir individu, masih ramai orang UMNO yang baik - baik yang masih boleh dijadikan kawan dan didakwahkan. Adakah kita terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur? Janganlah seperti kacaang lupakan kulit.

Saturday, August 1, 2009

Tributes to Sir Bobby Robson


1) Sir Bobby Robson could be considered as most successful English soccer coach.

2) There was no other England national team coach could ever match Sir Bobby Robson achievement in guiding England national team reach to semi final 1990 world cup. After disastrous performance in 1988 European cup in West Germany, Sir Bobby Robson managed to rectified the problem and instill strong character among it stars such Paul Gascoyne, Gary Lineker, Bryan Robson and David Platt as well good tactical approach has also contributed to that achievement.

3) It is believed, he has strong exposure outside of English premier league has given him a tactical knowledge when dealing with international competition. He has won many major trophies outside English premier league, where he used to guide Barcelona, PSV Eindhoven, FC Porto, Sporting Lisbon and many more.

4) The lack of good coach really giving a headache to English FA until it prompt English FA to choose foreign coach to guide England national soccer team.

5) Unfortunately, Sir Bobby Robson has passed away after long battle with lung cancer. It was, indeed such a great lost to English football.

6) Therefore I would like to take the opportunity to express my deepest condolence to Sir Bobby Robson family for the lost of their most beloved person.