Saturday, August 15, 2009

PAS Halalkan Tindakan DAP


Pas halalkan tindakan DAP

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

Dr. MAHATHIR Mohamad (kanan) melihat Pameran 1Malaysia Lat selepas merasmikannya di pusat beli-belah Bangsar di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Kartunis, Mohd. Nor Khalid (kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pas terpaksa membisu apabila pemimpin DAP menghina Islam demi menjaga hubungan mereka dalam pakatan pembangkang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu dengan sinis berkata, apabila seseorang mahu berkawan, mereka mestilah mencari alasan untuk menghalalkan tindakan rakan mereka.

"Datuk Nik Aziz Nik Mat kata tidak apa kerana dia (DAP) bukan orang Islam, jadi orang bukan Islam boleh hina Islam dan hanya orang Islam yang tak boleh hina.

"Kalau kita nak berkawan dengan orang, kita kena cari alasanlah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran 1Malaysia Lat di Bangsar Shopping Centre di sini hari ini.

Kelmarin, Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beranggapan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Mengenai wabak selesema babi atau influenza A (H1N1), Dr. Mahathir berkata, beliau kurang bersetuju dengan kaedah penutupan sekolah bagi mengekang penularannya.

"Nak tutup sekolah ini satu perkara yang serius. Ini (membabitkan) pelajaran anak-anak kita. Jadi, sebelum buat keputusan nak tutup (sekolah), kita kena fikir dulu.. kena ada penanda aras yang wabak itu sedang merebak.

"Lebih baik lagi, kita tidak tuduh orang itu salah, orang ini salah. Kita jaga diri kitalah," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana kesedaran masyarakat mengenai wabak berbahaya itu belum memuaskan.

Mengenai pameran 1Malaysia Lat, Dr. Mahathir berkata, karya yang dihasilkan kartunis kebanggaan negara itu berjaya merakamkan perubahan yang dilalui oleh negara ini.

Katanya, karya-karya itu juga menampilkan cara hidup rakyat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum tetapi rakyatnya dapat berinteraksi dengan baik.

Pameran yang menampilkan 60 karya Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd. Nor Khalid berlangsung bermula hari ini dan berakhir pada 31 Ogos ini.

My View :

1) Inilah rupa Nik Aziz yang sebenar, beliau sanggup menjual Islam atas tujuan politik sempit beliau.

2) Inikah pemimpin yang kita mahu? Sebab itu ulama tidak boleh jadi ahli politik, kalau ulama jadi ahli politik, mereka akan membuat intepritasi terhadap agama berdasarkan pandangan politik mereka.

3) Sebelum ini pun beliau pernah membuat kenyataan yang meragukan, seperti boleh berkawan dengan syaitan untuk membuktikan hujah beliau dari sudut Islam.

4) Pada pandangan aku, Nik Aziz ini sudah nyanyuk, beliau menjadi terlalu taksub dengan pandangan politik beliau sehinggakan lupa dasar - dasar dan tanggungjawab asas apabila mengeluarkan pandangan beliau.

No comments:

Post a Comment