Sunday, November 22, 2009

Berperasangka Baik & Wang

Berperasangka Baik
1) Manusia mempunyai berbagai cara untuk menyuarakan perasaannya dengan perbuatan atau secara verbal. Selagi perbuatannya dan percakapannya baik dan bertujuan baik maka kita harus memandang baik walaupun beliau mempunyai niat sebaliknya.

2) Malangnya ada di kalangan kita yang memandang serong terhadap perbuatan baik tersebut, peliknya mengapa kita harus berfikiran sedemikian. Inilah yang menjadi tanda tanya dalam diri saya.

3) Islam mengajar kita harus bersikap adil terhadap sesiapa saja termasuklah musuh sendiri, malangnya kita lebih suka mendengar cerita yang kita suka, hasilnya mungkin kita membuat keputusan yang tidak adil atau berat sebelah dengan hanya mendengar pandangan di satu belah pihak saja, oleh itu kita akan menjadi seorang yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang adil terhadap umatnya.

4) Kebenaran selalunya pahit untuk ditelan, tetapi itulah kenyataannya, suka atau tidak kita haruslah mendengarnya dengan hati terbuka, hasilnya kita mungkin akan membuat keputusan yang adil.

5) Manusia ada berbagai cara untuk meluahkan perasaan, salah satu dengan memberi hadiah kepada orang disayangi, menyuarakan perasaan tersebut terus kepada orang tersebut dan berbagai lagi cara. Malangnya masih ada dikalangan kita masih berperasangka buruk terhadap orang tersebut, perbuatan tersebut akan dianggap sebagai perbuatan yang tidak ikhlas atau membodek untuk mendapat sesuatu.

6) Ada ahli politik yang bekerja dan berusaha dengan bersungguh dengan memberi bantuan akan dianggap sebagai rasuah atau memancing undi, soalnya disini adakah kita tahu mereka benar - benar ikhlas atau tidak? Kita lebih suka beranggapan serong terhadap ahli politik tersebut. Mengapa kita harus beranggap begitu? Adakah kita cemburu? Atau pun benar - benar mengetahui bahawa beliau tidak ikhlas? Yang pastinya Allah sahaja yang mengetahuinya.


Wang



1) Tidak dinafikan wang adalah sumber yang amat penting dalam kehidupan kita, segala - galanya memerlukan wang, samaada untuk makan, beli barangan keperluan harian hatta hendak mati sekali pun memerlukan wang.

2) Tetapi wang tidak boleh membeli kebahgiaan, kasih sayang dan akhirat. Malangnya tanpa kita sedari ada dikalangan kita bermusuhan dan bermasam muka kerana wang. Suami dan isteri boleh bercerai kerana wang, sahabat karip boleh menjadi musuh kerana wang, adik - beradik serta kekeluargaan boleh berpecah berai kerana wang.

3) Wang secara fizikalnya hanyalah kertas yang tak bernilai, tetapi kertas tersebut boleh menyebabkan kita berbunuhan sesama sendiri dan bermasam muka sesama sendiri.

4) Pertalian kekeluargaan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, tetapi sebaliknya yang berlaku dikalangan kita tanpa kita sedari. Kita selalu terlupa atau tanpa sedari.

5) Tetapi kenyataan inilah yang berlaku dan sedang berlaku kepada kita. Pada anggapan saya, ianya mungkin disebabkan oleh sifat tamak kita yang menyebabkan kita menjadi hamba duit.

6) Ingatlah kasih sayang, kebahgiaan dan akhirat tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

1 comment:

  1. Emm... satu tajuk atau perkara yang sangat menarik untuk diperbincangkan.....namun ini adalah pendapat saya..

    1- Sikap Berperasangka..

    Memang setiap manusia yang ada didalam dunia ini harus ada perasaan perasangka..samaada berperasangka baik mau pun buruk...ini kerana sedikit sebanyak sikap perasangka inilah yang akan membuat manusia akan sentiasa berhati hati dalam apa jua yang mereka lakukan..tak semua perasaan berperasangka itu buruk dan tak semua nya jgak yang baik...Apa pun ianya adalah terletak pada diri kita sndiri..Setiap maksud dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah terletak niat yang ada didalam diri kita sndiri...manakala sikap dan perasaan berperasangka itu pula adalah penilaiaan orang lain terhadap apa yang kita lakukan...Namun Bagi saya " biar apapun perasangka orang terhadap kita yang penting kita tau apa yang kita lakukan dan apa pun yang kita beri itu adalah berniat baik tanpa mempunyai maksud yang tertentu...Oleh itu saya tidak suka untuk mengambil berat atau serius dengan apa pun perasangka orang pada saya kerana saya berpegang pada niat dan maksud yang saya lakukan.." kerana selagi ianya bergelar manusia maka manusia itu diberi 1001 macam akal , fikiran , pendapat atau perasangka yang ingin mereka perkatakan...SO..BE AS WHAT YOU ARE...HANYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERSURAT DAN APA YANG TERSIRAT PADA SETIAP PERBUATAN KITA...!!!

    2- WANG :-

    Yang ini saya agak bersetuju dengan pendapat bey..Saya sering tertanya tanya kenapa ketika dizaman 50an,60an atau zaman2 sebelum ini..kalau dulu

    1) ...ADAT adalah tempat yang pertama dikalangan kita,kerana adat manusia dahulu kala sanggup berkorban, sanggup bergadai nyawa, sanggup putus persahabatan atau persaudaraan.

    2) ...yang kedua pula adalah CINTA...kerana cinta manusia sanggup melakukan apa pun jua, sanggup bertukar agama, sanggup mengenepikan keluarga dan ada juga sanggup bergadai nyawa

    3) ...dan ketiga barulah WANG...

    tetapi kini didalam dunia yang serba moden ini wang telah menjadi No.1 Dengan adanya wang boleh dikatakan apa pun yang kita ingin kan kita boleh dapat...Harta benda,kasih sayang,penderitaan dan kadangkala ibu bapa,suami, isteri atau anak pun boleh dibeli dengan wang ringgit..Kerana Wang manusia sanggup mengadai maruah, Kerana wang manusia sanggup berputus saudara, kerana wang manusia sanggup melupakan orang2 yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang, kerana wang jugalah manusia sanggup menjadi hamba...Begitulah Nilainya WANG dizaman serba moden ini..

    JaDi TanYa PadA diRi KitA sEnDiRi ...

    ApAKah KiTa HidUp DiDuniA Ini HanYa UnTuk MenJaDi HaMBa PaDa SeKePing KErTaS yANG bERgElAR ...."WaNG..."
    Hanya kerana sekeping kertas yang tak bernilai ,tetapi telah dicetak menjadi begitu berharga ..kita menjadi lupa akan segala2nya...

    Tetapi haruskah kita menyalahkan kepada "WANG"..emm TIDAK..bukan Wang yang harus dipersalahkan...tetapi sebenarnya manusia sndiri yang harus dipersalahkan kerana menjadi begitu taksub kepada wang sehingga tidak dapat menilai nilai2 kemurniaan kita sabagai manusia...

    ReplyDelete