Saturday, February 6, 2010

Nik Aziz Nyanyuk Lagi

1) Sebelum ini beliau amat lantang menentang sebarang usaha mengadakan perbincangan dengan UMNO berhubung penyatuan bangsa. Klik di sini.

2) Tetapi kenapa kali ini beliau tiba - tiba bersetuju jika PAS dan UMNO duduk semeja berbincangkan pulak? Kenapa beliau tiba - tiba berubah angin pulak? Adakah beliau sudah hilang pendirian atau sudah sedar tentang kesilapan beliau selama ini?

3) Begitulah adatnya bagi orang yang sudah nyanyuk kot? Sekejap begitu sekejap begini, sentiasa berubah - ubah walaupun tiada angin. Malah lebih teruk dari lalang yang mana akan berubah jika dilanda angin.

4) Mungkin orang tua nyanyuk ini sudah sedar PAS sudah kehilangan taringnya sejak isu kalimah ALLAH baru - baru ini. PAS yang selama ini merupakan "Champion of Islam" sudah menjadi balaci kepada sahabat - sahabatnya dalam PKR sehinggakan terpaksa menggadaikan prinsipnya sendiri.

5) Inilah perjuangan Islam plastik yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Ternyata setiap pemimpin PAS mempunyai prinsip yang berbeza - beza yang kadang - kadangnya berbeza dengan perjuangan parti PAS itu sendiri, ianya boleh dilihat pada isu kalimah ALLAH dimana terdapat segelintir pemimpin PAS yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH dikalangan pengikut Kristian.

6) Daripada sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam kepada sebuah parti murahan yang menjual Islam seperti menjual gula - gula yang terdapat dalam balang kaca.

7) Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah. Sungguh geli hati aku mendengar kenyataan ini, ternyata beliau hanya syok sendiri, selama 3 tahun aku tinggal di Kelantan dari 1995 hingga 1998, ternyata bekalan air bersih masih menjadi masalah besar kepada rakyat Kelantan pada ketika itu. Aku tertanya pada diri sendiri dimanakah pembangunan yang kepada negeri yang diwar - warkan?

8) Adakah beliau maksudkan dengan pembangunan lahiriah, jika itulah yang beliau maksudkan, ianya belum begitu tepat lagi kerana di Kelantan masih terdapat banyak kes - kes moral yang berlaku di sana.


No comments:

Post a Comment