Wednesday, March 31, 2010

Datuk Ahmad Ismail

1) Aku menyambut baik keputusan bahagian UMNO Bukit Bendera melantik semula Datuk Ahmad Ismail sebagai ketua bahagian, sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya.

2) Semua 36 AJK bahagian UMNO Bukit Bendera bersetuju untuk melepaskan jawatan masing - masing bagi membolehkan Datuk Ahmad Ismail dilantik semula menerajui bahagian itu.

3) Beliau pernah satu ketika popular di kalangan ahli UMNO dan golongan akar umbi UMNO kerana berani menyatakan kebenaran tentang fakta sejarah bahawa kaum Cina adalah pendatang kaum pendatang.

4) Ekoran daripada kenyataan tersebut, beliau telah didesak untuk meletak jawatan serta memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau tersebut. Beliau sebaliknya bertegas tidak akan meminta maaf atau menarik balik kenyataan tersebut.

5) Pada satu ketika parti Gerakan pernah mengugut untuk keluar dari BN ekoran dari kenyataan tersebut, malah MCA dan parti - parti pembangkang terutama sekali DAP telah menuduh beliau sebagai rasis. Akibat didesak oleh golongan tersebut yang "living in denial" terhadap sejarah negara, UMNO yang dipimpin oleh Pak Lah tunduk kepada tekanan lalu menggantung keahlian beliau, maka jawatan beliau sebagai ketua bahagian UMNO Bukit Bendera turut terlucut.

6) Pada aku, Datuk Ahmad Ismail adalah contoh pejuang UMNO yang tulen, yang tidak hipokrit dan berani bercakap tentang fakta sejarah negara. Sesungguhnya UMNO amat memerlukan pemimpin seperti beliau yang pada aku mempunyai entigriti yang tinggi. Sanggup dicop sebagai rasis bagi mempertahankan orang Melayu. Inilah pejuang Melayu sejati, tidak seperti beberapa pemimpin tertentu Melayu UMNO dan pembangkang yang rata - ratanya hipokrit serta kuat membodek kepimpinan parti dan negara.

7) Kemasukan kembali beliau ke dalam UMNO dan seterusnya dilantik kembali sebagai ketua bahagian UMNO Bukit Bendera amat dialu - alukan kerana orang seperti beliau tidak wajar dibiarkan berada di luar parti. UMNO amat memerlukan pejuang seperti beliau yang boleh kehadapan jika sesuatu masalah timbul terhadap UMNO, malah beliau boleh bertindak sebagai pejuang UMNO yang berani mengkritik kepimpinan UMNO dan parti pembangkang jika terdapat perkara yang boleh dipertikaikan.

8) Ketokohan jelas terbukti apabila semua AJK bahagian UMNO Bukit Bendera sebulat suara setuju untuk meletak jawatan bagi membolehkan beliau kembali sebagai ketua bahagian.

9) Malah kesetiaan beliau tidak boleh dipertikaikan, ia terbukti ketika beliau digantung dari parti, beliau tidak menanggotai mana - mana parti pembangkang pun.  

No comments:

Post a Comment