Monday, April 26, 2010

BN Menang P094 Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

Barisan Nasional's P.Kamalanathan waves as he arrives at the tallying centre at the Hulu Selangor multi-purpose hall, with his wife S.Shobana.


1) Tahniah kepada P Kamalanathan dari BN kerana berjaya merampas kembali parlimen Hulu Selangor daripada PKR.

2) BN menerusi  Kamalanathan telah mendapat undi sebanyak 24,997 manakala Dato' Zaid Ibrahim telah mendapat undi sebanyak 23,272 undi. Dengan itu, Kamalanathan telah memenangi dengan majoriti sebanyak 1,725 undi.

3) Sungguh pun BN berjaya merampas kembali parlimen tersebut, namun mereka tidak boleh mendabik dada.

4) Ternyata hasil dari keputusan tersebut, ianya menunjukkan terdapat persaingan sengit antara BN dan PKR bagi merebut undi dalam kawasan parlimen Hulu Selangor. Pada aku faktor yang banyak menentukan kemenangan BN ialah undi orang Melayu kepada BN.

5) Harus diingat, undi kaum Cina kepada PKR meningkat iaitu sebanyak sehingga 80% undi, manakala undi kaum India menampakkan peningkatan manakala undi kaum Melayu tidak banyak berubah.

6) Peratusan keluar mengundi adalah lebih kurang 75%, jelas sekali keputusan ini bukanlah suatu kemenangan yang meyakinkan kepada BN, tetapi yang pastinya ia memberikan suatu suntikan moral kepada BN sebelum PRU13.

7) Masih banyak lagi usaha yang harus dilakukan oleh BN, aku pasti selepas ini BN akan melakukan satu post mortem untuk menganalisa tren pengundi ketika ini. Ia amat berharga bagi BN untuk menentukan arah atau tujuan yang perlu dilakukan selepas ini.

No comments:

Post a Comment