Thursday, June 17, 2010

Melayu Kemana

1) Hampir menangis aku kali ini bila membaca posting Tun Dr. Mahathir yang terbaru bertajuk seperti di atas. Sila klik di sini. Aku 100% amat bersetuju dengan pandangan Tun kali ini.

2) Bila terkenangkan nasib yang menimpa orang Melayu ketika ini, boleh disimpulkan bahawa ianya banyak disebabkan oleh sikap orang Melayu itu sendiri. Benar seperti yang diucapkan oleh Tun, bersatu teguh bercerai roboh.

3) Sekali lagi aku ingin tegaskan di sini, bahawa masalah orang Melayu ketika ini juga disebabkan oleh terdapat satu golongan di kalangan orang Melayu, yang kononnya berjaya dalam bidang masing - masing.

4) Mereka ini berpandangan bahawa kejayaan masing - masing adalah disebabkan 100% oleh daya usaha masing - masing. Mereka berpendapat kerajaan tidak pernah membantu mereka sama sekali.

5) Golongan Melayu ini, melabelkan diri mereka sebagai Melayu liberal, yang kononnya berpegang teguh kepada konsep meritokrasi. Kononnya sedia menerima sesiapa sahaja memerintah negara asalkan pemimpin dan parti tersebut berintegriti tinggi dalam melaksanakan tangungjawab masing - masing.

6) Pada aku, golongan Melayu liberal ini sebenarnya merupakan golongan Melayu yang pentingkan diri sendiri, tamak haloba, gila kuasa, sombong, bongkak, berlagak, kurang semangat nasionalis atau kurang semangat patriotik dan beranggapan diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

7) Pada aku, mereka ini sudah kurang dan tidak memahami semangat kemerdekaan, kurang memahamani erti kemerdekaan (mengetahui bukan bermakna memahami). Yang pasti di sini, mereka ini adalah golongan yang tidak sedar diri sendiri, yang konon beranggapan lebih bijak dari orang lain yang tanpa disedari, mereka sebenarnya golongan Melayu yang cerdik tidak boleh diajar atau dalam bahasa yang lebih mudah untuk menggambarkan diri mereka ialah BODOH SOMBONG.

8) Mereka ini merupakan penyangak bangsa atau pengkhianat bangsa yang sanggup meracuni pemikiran anak bangsa bagi memenuhi tuntutan diri sendiri. Mereka juga merupakan parasit terhadap pembangunan bangsa dan negara, maka sesuatu harus dilakukan untuk "wipe out" mereka ini dari bumi Malaysia yang tercinta ini. Mungkin peribahasa orang putih yang mengatakan "prevention is better than cure" tidak boleh digunakan lagi. Mungkin pendekatan "cure is better than prevention" perlu dilaksanakan ketika ini. 

9) Bangunlah anak bangsa ku, kita sudah kesuntukan masa. Keluarlah dari "comfort zone" kita, keluarlah berhadapan dengan kenyataan, dengan berdiri teguh dan mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa orang Melayu adalah bangsa yang berhak ke atas tanah yang tercinta ini, Melayu adalah bangsa yang boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di tanah air yang tercinta ini, hatta juga di luar negara.

10) Seperti juga dengan Tun, aku sedia dilabel sebagai rasis atau "chauvinist" atau apa saja label, kerana niat aku hanyalah satu iaitu untuk memperingati kita semua, sebelum nasi menjadi bubur.

11) Sekian.

No comments:

Post a Comment