Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

1) Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan - rakan dan saudara ku, di dalam Malaysia atau di luar negara.

2) Moga berkat Ramadhan kali ini, kita akan kembali rapat silaturrahim sesama saudara kita dan kembali ke jalan yang dirahmati selari dengan ajaran Islam yang sebenarnya. 

3) Selama lebih kurang setahun kita mengutuk, mengeji, mencerca serta berlaku kurang ajar sesama saudara kita, semoga dengan kehadiran Ramadhan ini, dapat memberi peluang kepada kita untuk bermuhasabah diri agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

4) Dipohon hendaknya Allah terus merahmati serta memberi petunjuk kepada kita semua tentang erti bersyukur terhadap nikmatNya, negara Malaysia yang tercinta ini. Insyaallah.   

No comments:

Post a Comment