Tuesday, September 14, 2010

Pengadilan Manusia

1) Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya telah sampai ke dimensi baru, dimana sudah terdapat beberapa blogger termasuk Papa Gomo (sila klik di sini) serta seorang ahli politik PAS Mahfuz Omar yang cuba memainkan isu politik terhadap kes tersebut.

2) Sedangkan pihak polis masih dalam siasatan dalam mengumpul bukti untuk mendakwa sesiapa yang berkenaan. Nampaknya, masyarakat kita seperti sudah ingin bertindak menjadi hakim dalam kes tersebut. Ingin ditegaskan di sini, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis, biarlah mahkamah yang tentukan siapa yang bersalah atau tidak.

3) Nampaknya serba - serbi hendak dijadikan isu politik, itu menunjukkan kita kesempitan idea dan tidak rasional hanya semata - mata ingin mencari publisiti murahan, di mana juga menunjukkan betapa murahnya diri kita.

4) Harus diingat, perbuatan kita mungkin boleh menyebabkan kita didakwa menghina mahkamah dan dikenakan saman malu oleh tertuduh jika tertuduh didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Jadi pikirlah secara bijak sebelum membuat sebarang tuduhan.

No comments:

Post a Comment