Tuesday, December 28, 2010

Pluralisme Agama

1) Aku bersetuju dengan pandangan Kassim Ahmad tentang, Islam membenarkan pluralisme agama, sila klik di sini. Tetapi pada aku, kita tidak boleh mengambil bulat - bulat pendekatan tersebut dalam membenarkan pluralisme agama ini. Pendekatan ini boleh diambil dengan mengambil kira masa, suasana dan keadaan sesuatu tempat tersebut agar ianya tidak berlaku sebarang kemusnahan atau masalah. Ini penting bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan oleh penganut agama lain dan juga umat Islam Malaysia sendiri. Janganlah hanya kerana politik kita akan berbalah sesama sendiri sehingga agama Islam pula yang mendapat calar dan dipandang serong oleh penganut agama lain.

2) Dalam kontek hubungan antara agama Islam dengan agama lain di Malaysia ini, mungkin konsep pluralisme ini boleh dipakai memandangkan terdapat perbezaan yang jelas antara Islam dengan agama lain. Malah rakyat Malaysia sejak sebelum merdeka lagi sudah dapat menerima konsep pluralisme antara Islam dengan agama lain ini.

3) Secara umumnya majoriti rakyat Malaysia adalah bermazhab Syafie. Mazhab Syafie pula tergolong di dalam mazhab Al-Sunnah Wal Jamaah yang terdiri dari beberapa mazhab lain seperti Maliki, Hanafi dan Hanbali. Manakala mazhab Syiah tidak tergolong dari mazhab ini, ini kerana terdapat perbezaan yang ketara antara mazhab Syiah dengan mazhab Al-Sunnah Wal Jamaah.

4) Dalam kontek perbezaan antara Syiah dan Al-Sunnah inilah aku berpendapat untuk tidak besetuju dengan konsep plurasrisme ini. Bukanlah aku hendak menidakkan kepercayaan pengikut - pengikut mazhab Syiah ini, kerana pada aku mereka ini masih mengucap dua kalimah syahadah dan masih beriman kepada Allah yang maha Esa. Malah aku tiada kuasa serta kemampuan ilmiah untuk membincangkan perbezaan kedua - dua mazhab ini.

5) Malah Dr. Asri juga tidak bersetuju dengan pandangan mazhab Syiah, sila klik di sini, beliau telah menjelaskan pandangan Syiah dari sudut sejarah, pandangannya mengapa dan bagaimana Syiah telah terpisah dari Al-Sunnah Wal Jamaah. Tetapi anehnya, kenapa Dr. Asri dan Marina Mahathir tidak bersetuju dengan penangkapan beberapa pengikut Syiah di Gombak baru - baru ini? Pandangan mereka telah dinyatakan melalui blog Syed Akbar Ali, sila klik di sini. Manakala pandangan Marina Mahathir pula telah dijelaskan oleh beliau melalui kolumnis dari akhbar harian The Star.

6) Aku mengambil pendirian yang berbeza daripada mereka, kerana aku melihat Islam dari sudut yang lebih prakmatik dan dinamik. Aku berpendapat jika kita harus memotong tangan untuk menyelamatkan nyawa, maka hukumnya harus. Perpaduan dalam Islam adalah lebih mustahak berbanding pluralisme, soalnya di sini, adakah perlu untuk kita mempertahankan pluralisme dengan mengorbankan perpaduan dalam Islam?

7) Seperti yang Dr. Asri nyatakan di dalam blognya, beliau berpendapat Al-Sunnah Wal Jamaah adalah lebih sederhana dalam beberapa hal berbanding Syiah. Jelas di sini, apa yang ingin beliau nyatakan bahawa Syiah adalah bersifat lebih ekstrem berbanding Al-Sunnah Wal Jamaah, di mana konsep kesederhanaan juga merupakan konsep yang diperjuangkan oleh Islam. Jadi tidak perlulah Dr. Asri melaung - laungkan dalam media menuduh kerajaan Malaysia menuju era Talibanisasi sedangkan beliau sendiri tidak bersetuju dengan Syiah. Tidakkah beliau lupa tentang konsep perpaduan dalam Islam, mengapa harus kita korbankan perpaduan yang sudah lama terjalin di dalam negara hanya untuk kebebasan mengamalkan apa yang mereka yakin. Apakah pendekatan mengubat lebih baik daripada pendekatan mencegah?  

8) Jelas di sini, Syiah lebih mementingkan konsep kepimpinan melalui warisan manakala Al-Sunnah Wal Jamaah pula mementingkan penguasaan melalui konsep kepimpinan, atau pun dalam bahasa yang lebih mudah "demokrasi" atau pun "syura", dimana ketika ini Malaysia masih dan sedang melaksanakannya tidak seperti yang dilaksanakan oleh puak Taliban.

Monday, December 27, 2010

Akhir Teka - Teki Telah Dijawab

1) Teka teki tentang perlantikan pengerusi dan timbalan pengerusi UMNO negeri telah pun dijawab apabila setiausaha agung UMNO Tengku Adnan telah mengumumkan perlantikan semula pengerusi badan perhubungan UMNO negeri, sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya.

2) Ianya akan berkuat kuasa mulai 1hb Januari 2011. Datuk Paduka Ahmad Bashah yang merupakan timbalan pengerusi UMNO negeri sebelum ini telah dinaikkan pangkat menjadi pengerusi, manakala Datuk Mukhriz Tun Mahathir pula telah dilantik menjadi timbalan.

3) Begitu juga bagi negeri Terengganu, dimana Datuk Ahmad Said yang merupakan timbalan pengerusi juga telah dinaikkan pangkat menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

4) Pulau Pinang juga mendapat pengerusi baru iaitu Dato' Zainal Abidin yang sebelum ini merupakan timbalan pengerusi menggantikan Datuk Zahid Hamidi.

5) Manakala negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan kekal dengan pengerusi sekarang iaitu Dato' Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

6) Adakah dengan rombakan ini akan memberi impak kepada UMNO dan khususnya BN?, tidaklah kita ketahui sehingga PRU13 nanti. Harap yang dipilih akan terus bekerja kuat lagi bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO/BN, manakala yang tidak terpilih dan digugurkan tidak berpaling tadah. Inilah masa untuk mengukur kejujuran dan ketaatan anda sebagai ahli UMNO yang setia.   

Tuesday, December 21, 2010

Jihad Against Manipulation of Islam by Politician

1) Another great pieces of history of Islam wrote by Ismail Bey, which he has elaborated explicitly on dividing factors and the history of Islam soon after our prophet die. It was the history of two biggest Muslims faction, Al-Sunni Wal Jamaah and Shi'a Muslims, please read here.

2) The dividing factors in Islamic world started since the death of our prophet Muhammad SAW in 632 AD. Disagreement broke out over whom should succeed our prophet Muhammad SAW, while the Sunnis followed the companion of prophet Muhammad SAW, while Shi'a followed Ali ibn Abi Talib. The Shi'a blames Umar for his responsible of the death of Fatimah, the wife of Ali and daugther of our prophet when Umar and Abu Bakar went to Ali house to seek for oath of allegiance. According to Sunni book of hadith and books of history, the entire story did not occur. It states that Ali willingly gave oath of allegiance to Abu Bakar, though maintained a distance from him out of respect of Ali wife Fatimah, because of argument between Abu Bakar had with Fatimah over his inheritance. Soon after Fatimah death, Ali went to Abu Bakar house to re-establish closer relations. It is further refuted considering that Umar married Ali and Fatimah daugther Umm Khultum, whom he married after Abu Bakar taking khalifah, showing the good relations he had with Ali at the time. 

3) From this brief history, one could sum up that the dividing factor was politics who played vital role in dividing the Muslims people those days. To make their fought being accepted by the mass, they have used Islam as their tools to garner support from mass and claims the other as non believers. They even willing to kill their fellow brothers in the name of Islam, indeed had killed the grandson of our prophet, Saidina Hussein in Karbala. That tragedy had transformed our Islamic landscape until today.

4) The same path seems being occur in our current political scenario. There was an extreme Islamic faction who rule the so called Islamic party who used to claimed other fellow Muslims of other party as against their jihad to establish the so-called Islamic state. The Muslims people in Malaysia seems was deceived by this extremist group and accepted their fought blindly. There were some cases can be exemplified i.e., Memali Tragedy in 1985 and Al-Maunah audacious raid in 2000 on Malaysia army camp.

5) From this analogy, one could describe what path or direction of our ummah heading to. Clearly, Islam is just a tool for this group to garner support from the masses. They will do whatever it takes to keep them to pinnacle of power even if it has to destroy their own religion and fellow brothers.

6) Is this Islam had teaches us all this while? Is this Islam that our prophet Muhammad SAW had taught us? There was neither Shi'a nor Al-Sunnah Wal Jamaah those day, there is only one Islam taught by our prophet Muhammad SAW. Islam is not wrong, but we are wrong, interpret it as our like, driven by greedy and thirsty for power.

Monday, December 13, 2010

Janji Allah

1) Sesungguhnya janji Allah itu benar dan nyata. Allah tidak akan sesekali memungkiri janji, benarlah apa yang dikatakan "sesungguhnya doa orang teraniaya itu akan dimakbulkan oleh Allah". Melihat dari kontek ini boleh disimpulkan terdapat beberapa petunjuk telah ditunjukkan oleh Allah kepada kita, samaada disedari atau pun tidak.

2) Melihat beberapa perkara yang tidak putus - putus terjadi terhadap DSAI selama ini termasuklah isu terbaru beliau yang telah didedahkan oleh wikileaks baru - baru ini tidak menggemparkan sama sekali. Terpulanglah kepada kita samaada hendak menilainya secara mendalam atau tidak.

3) Ianya seperti tiada kesudahan. Soalnya di sini, adakah kita dan DSAI sedar mengenainya? Kepada orang tertentu, mereka mungkin tidak nampak atau mungkin buat - buat tidak nampak, mungkin pemikiran mereka telah dihijab dari segala bentuk kebenaran, Wallahualam.

4) Tidak perlulah dinyatakan di sini, apakah bentuknya atau contoh yang telah dan sedang ditunjukkan oleh Allah itu, aku rasa para pembaca yang budiman tahu mengenainya. 

5) Moralnya di sini, janganlah memandang enteng janji Allah itu, kerana janji Allah itu benar.

Sunday, December 12, 2010

Proton Current Affairs

1) The current development of Proton seems promising. The approach has been taken by current management of Proton looks far ahead than the previous management.

2) One of the main reason was the more proactive roles of Tun Dr. Mahathir as adviser to Proton. It seems that Dato. Seri Najib has picked the right person to be the chairman of Proton Group.

3) As a small automobile manufacturer relative to the other manufacturer, Proton in dire need of fresh idea to develop it car in competing with more renowed manufacturer. Someone who has automotive engineering background is needed, it seems Dato' Nadzmi managed to fill that role instead of Dato' Azlan.

4) As engineering background one would approach its direction in more practicable way rather than accountant, who is more concern on saving money rather than developing. As a result, the pace of development of engineering and growth of Proton would jeorpardize. This is what happen when previous management of Proton make a backwalk step when decided to sell off its MV Agusta shares at one Euro. Consequently, Proton has a loss valuable opportunities to tap into MV Agusta engineering capabilities.      

5) Another good development in Proton is, the removal of previous director by replacing with new directors which has more hand-on experienced in automotive industry. The input provided by these directors would help elevated Proton into new level same as other manufacturers. That is why, we can see the more agresive approach has taken by it's wholly owned subsidiry Lotus group. The introduction of five new models by Lotus and reentering of Lotus into F1, sponsoring and partnering with renowed Renault F1 team are the examples of its agression. I believe, Proton would not forget the commercial factors when deciding this approach, all aspects were taken into considerations.

6) I am sure amongs discordant voices would say, it was a sheer waste of money spending by Proton management, same as it was claimed when the government decided to built Putrajaya, Penang bridge, North-South Expressway, Proton, Petronas twin towers etc. The fund produced, should be keep under the pillow. The question is, do they knew that to keep one organization alived one must keep developing to be sustainable in the future?

7) To them, the money should be return to public for better use i.e., public transportation systems, public infrastructures (except Putrajaya) etc. Since we can live happily without so much hindrance and development thats ok. Theres nothing to be proud of.       

Friday, December 3, 2010

Sikap Orang Islam Malaysia

1) Bila kita tidak suka sesuatu perkara, kita sering memberi pandangan kita dengan mengaitkan ia dengan hukum hakam Islam bagi menutup mulut pandangan seseorang yang kita tidak suka.

2) Pada aku, perbuatan tersebut adalah merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab sama sekali. Perbuatan yang jelas akan memberi kesan buruk kepada Islam. Akhirnya Islam akan dipandang buruk oleh orang bukan Islam, yang akan menganggapkan Islam adalah agama yang terlalu ketat dan tidak mudah seperti yang digembar - gemburkan sebelum ini. Jelas di sini, keburukan terhadap Islam telah dilakukan oleh umatnya sendiri, bukannya dari golongan yang bukan beragama Islam.

3) Adakah salah di sisi Islam, apabila seorang sahabat ingin bergurau dengan sahabat seagamanya dengan memberi pujian atas dasar gurauan, bukan bermaksud pujian dalam erti kata sebenarnya (malah sahabat tersebut memahami erti sebenar gurauannya sebelum ini).

4) Orang Islam sering mengaitkan sesuatu perkara dengan soal hukum halal dan haram, dosa dan pahala apabila kita tidak menyukai sesuatu perkara. Seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, hukum dosa dan pahala, halal dan haram adalah hak Allah. Kita sebagai hambaNya tidak berhak untuk menyentuh bidang kuasa Allah dalam menentukan taklik halal dan haram, dosa dan pahala tersebut. Umat Islam hanyalah berhak menyentuh perkara yang kurang jelas yang merupakan perkara - perkara diantaranya.

5) Tetapi malangnya, sudah terdapat ramai umat Islam yang telah berani menyentuh hak - hak Allah tersebut, golongan - golongan ini terdiri dari golongan - golongan ustaz, ustazah, imam dan golongan ulamak - ulamak plastik yang terdiri dari pemimpin parti - parti politik Islam. Malah ada diantaranya telah berani mengeluarkan fatwa - fatwa sendiri tanpa merujuk majlis fatwa, ianya boleh didapati bila terdapat suatu kelompok dari parti politik PAS yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa "adalah syahidlah seseorang itu jika beliau didapati telah meninggal dunia ketika menentang parti UMNO". Begitu juga yang berlaku kepada amanat Haji Hadi Awang suatu ketika dahulu, yang pernah mengkafirkan saudara seagamanya dari parti UMNO, hasilnya berlakulah tragedi Memali pada tahun 1985 dahulu. Kesannya masih boleh dilihat ketika ini, malah terdapat satu kelompok ekstremis Islam yang bernama Al-maunah yang kononnya memperjuangkan penubuhan negara Islam. Golongan ini telah mengambil pendekatan yang sangat radikal iaitu sanggup melancarkan pendekatan bersenjata untuk menentang golongan yang dikatakan bukan Islam dari parti pemerintah, yang terdiri dari saudara seagama sendiri.

6) Inilah yang berlaku kepada umat Islam ketika ini, di Malaysia mahupun di luar negara. Sesiapa yang tidak sependapat dan dirasakan bertentangan dengan pendapatnya akan dihukum dengan hukuman yang seberat - beratnya. Mengharamkan dan menghalalkan, mendosakan dan mempahalakan sesuatu perkara dan perbuatan yang tidak disukai atau disukai. Jelas disini, kita telah cuba merompak sesuatu yang menjadi hak Allah SAW, dengan cuba menjadi tuhan menggantikan Allah, Nauzubillah.

7) Sedarlah, ujian daripada Allah bukan hanya datang dari bentuk yang menyakitkan sahaja, tetapi juga dalam bentuk yang mengkhayalkan. Bila ilmu agama atau ilmu dunia seseorang itu tinggi, ujian boleh datang dalam bentuk riak, ini telah pun dijelaskan pada perenggan di atas. Tanpa disedari, ketika kita mengejar akhirat kita telah melupai dunia, lalu meninggalkan perkara - perkara dunia yang merupakan fardu kifayah yang sama pentingnya dengan fardu ain. Malah, Islam secara jelas menuntut umatnya mengamalkan kedua - dua fardu tersebut seiringan tanpa ketinggalan salah satunya.

8) Sebaliknya jika diamati, ujian yang berbentuk menyakitkan adalah ujian yang paling mujarab. Boleh dikatakan kebanyakan orang yang pernah melalui ujian perit adalah manusia dan umat yang lebih tunduk kebumi walaupun ketika beliau mendongak bintang di langit, golongan ini adalah golongan yang lebih tawaduk. Tetapi tidak dinafikan, terdapat juga golongan yang masih lupa diri walaupun telah berkali - kali ditimpa ujian yang amat perit dari Allah SAW.

9) Pandangan yang disuarakan adalah merupakan pandangan peribadi ku, ianya sekadar pandangan bukannya fatwa, jauh sekali dari cuba menjadi ulamak atau ustaz mahupun apa - apa jawatan tak rasmi. Ia bukan bertujuan untuk mencari populariti atau menunjuk pandai. Pembaca boleh menyuarakan pandangan masing - masing kerana isu yang diperbincangkan adalah merupakan sudut pandangan seseorang sahaja, bukannya fatwa yang hanya boleh dikeluarkan oleh majlis fatwa sahaja.

10) Kita mungkin tidak menyedari perkara - perkara ini dalam kehidupan seharian kita, tanpa disedari kita telah melanggari hak - hak tersebut. Mungkin artikel ini hanya sekadar boleh menjadi panduan yang bukan berbentuk ilmiah, tetapi sekadar panduan secara kasar sahaja.