Monday, January 31, 2011

PEMIMPIN

1) Bukan semua orang boleh menjadi pemimpin politik. Menjadi pemimpin politik, apatah lagi menjadi Perdana Menteri [PM] bukanlah suatu kerjaya yang boleh dijadikan sebagai cita – cita. Malah aku percaya Tun Dr. Mahathir dan juga PM terdahulu juga tidak menjadikan jawatan PM sebagai cita – cita. Oleh sebab itulah, perjuangan mereka adalah perjuangan yang jujur sebagai pemimpin masyarakat dan juga negara. Matlamat mereka juga jelas, iaitu ingin membantu bangsa, agama dan negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa, negara dan agama lain.

2) Dasar perjuangan UMNO ketika baru ditubuhkan pada tahun 1946 dahulu, hanyalah untuk menentang penubuhan Malayan Union. Selepas berjaya menggagalkan penubuhan Malayan Union, UMNO menumpukan usahanya pula kepada menuntut kemerdekaan negara, sehinggalah merdeka pada 31 Ogos 1957.

3) Selepas merdeka, UMNO menumpukan usahanya kepada mengekalkan kemerdekaan negara, meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat Malaysia terutama sekali bangsa Melayu dan memastikan kek ekonomi dibahagikan sama rata di kalangan rakyatnya. Setiap pemimpin UMNO, baik ketika sebelum merdeka atau selepas merdeka, memusatkan tumpuan mereka kepada perjuangan yang telah dijelaskan di atas. Jelas di sini, perjuangan mereka adalah perjuangan yang ikhlas dan jujur.

4) Jika diteliti perjalangan hidup Tun Dr. Mahathir, ketika sebelum merdeka dan selepas merdeka, sehinggalah beliau menjadi PM. Beliau merupakan anugerah Tuhan kepada negara dan tidak keterlaluan boleh disimpulkan, beliau memang telah ditakdirkan untuk menjadi PM Malaysia. Situasi dan masa beliau dilahirkan, ketika dibawah penjajahan British, Siam dan Jepun, telah banyak mengajar beliau erti penghayatan kemerdekaan serta pengalaman – pengalaman pahit ketika baru menceburi bidang politik di Kedah, seperti pernah dibuang dari UMNO kerana mengkritik kepimpinan UMNO, malah buku beliau Malay Dilemma juga pernah diharamkan, ini adalah merupakan siri – siri pengalaman pahit yang amat berguna kepada beliau bagi membentuk personaliti sebagai seorang PM yang dihormati yang mempunyai pemikiran di luar kotak. Seseorang yang ingin mempunyai pemikiran di luar kotak, baik sebagai pemimpin mahupun sebagai orang biasa, haruslah dihentak dengan pengalaman serta cabaran yang getir dan pahit dalam hidup dan kariernya. Seseorang tersebut akan dapat berfikir apakah kaedah yang sesuai bagi menghadapi rintangan dan cabaran tersebut kerana telah melalui cabaran dan merasainya sendiri. Seperti kata pepatah Inggeris, you will never knew it until you taste it.

5) Apa berlaku kepada Anwar Ibrahim dan Khairi Jamaluddin adalah berlainan, mereka telah meletakkan matlamat atau cita – cita ingin menjadi PM. Bila seseorang telah meletakkan matlamat tersebut, ia akan membentuk seorang yang pentingkan diri sendiri, meletakkan matlamat jawatan PM sebagai matlamat utama, bukannya menjadi pemimpin bagi mewakili masyarakat. Akhirnya ia akan menghasilkan seseorang yang mengamalkan pendekatan Machiavelli bagi memenuhi impian peribadi. Inilah yang berlaku kepada Anwar Ibrahim, beliau jelas telah terkeluar daripada asas perjuangan rakyat, tetapi lebih kepada perjuangan peribadi. Manakala bagi Khairi Jamaluddin pula, beliau mungkin kurang berbahaya berbanding Anwar Ibrahim, tetapi jalan yang ditempuhi beliau sudah mirip kearah yang sedang ditempuhi oleh Anwar Ibrahim. Mungkin moral beliau lebih baik sedikit daripada Anwar Ibrahim.

6) Khairi Jamaluddin mungkin adalah seorang yang idealistic, penuh dengan idea – idea yang menarik dan kadang – kadang benas, tetapi adakah idea tersebut praktikal tidaklah diketahui. Seperti yang telah dijelaskan oleh saudara Najieb Mokhtar, KJ pandai tetapi beliau kurang bijak. Malah jika kita renungi pengalaman beliau dalam politik, boleh dianggap masih lagi setahun jagung, masih lagi budak mentah, jelas Tun Dr. M. KJ jelas telah memeksploitasikan pengaruh bapa mentua beliau ketika menjadi PM dahulu, untuk naik memegang kuasa dalam politik. Tiada pengalaman pernah dibuang UMNO [seperti yang telah dilalui oleh Tun Dr. M], tewas dalam pemilihan parti dan lain – lain lagi, malah jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pun telah dimenangi tanpa perlu bertanding. Manakala kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO jelas dipengaruhi oleh unsur politik wang dalam pemilihan UMNO.

7) Anwar Ibrahim pula telah melalui saat getir dalam perjuangan politik beliau sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Tetapi bila direnung kembali, karier beliau dalam politik juga naik secara mendadak [meteoric rise] sejak menyertai UMNO. Benarlah kata orang, cepat panas maka cepat padam, cepat naik maka cepatlah jatuh, itulah yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. UMNO/BN hanyalah batu loncatan beliau untuk menjadi PM. Perjuangan beliau adalah perjuangan peribadi, bukannya perjuangan parti politik, samalah dengan perjuangan Khairi Jamaluddin. Matlamat mereka berdua adalah sama, tetapi caranya sahaja yang berbeza.

1 comment:

  1. Memang betul KJ seorang yang idealistic tapi dalam masa yang sama tak realistic....memang ramai manusia seperti ini cuma bezanya dia bertuah disebabkan oleh TAAB...mcm orang cakap tak serupa bikin...mulut cakap lain hati nak something....memang patut pun beliau dibiarkan oleh UMNO...kalau tak parah...niat tak bertanding memang dialu-alukan walaupun pada dasarnya memang tak diperlukan...statement yang diberi sebenarnya menampakkan dia sedar karier politiknya memang akan mengalami kehancuran.Beliau memang perlu dan terpaksa mengeluarkan kenyataan seperti itu bukannya menunjukkan beliau merajuk tetapi political games yang dirancang oleh beliau memang tersusun...Sebelum tidak dilantik untuk penggal seterusnya adalah lebih baik mengatakan penarikan diri daripada dikatakan tidak terpilih dengan erti kata kuasa politiknya terkubur.Perhatikan karakternya, adakah beliau seorang yang dikatakan cepat mengalah?Jawapannya tidak...cuma sedar atau tidak,political games yang dimainkan cukup halus dan tersusun....

    ReplyDelete