Saturday, March 5, 2011

Yang Hak

1)      Kadang – kadang terasa pelik jugak, kenapa pihak polis yang lebih prihatin tentang masa depan dan akidah umat Islam berbanding pihak JAKIM. Bukankah peranan JAKIM, selain mengeluarkan fatwa berkenaan hukum – hukum feqah, melakukan operasi mencegah maksiat, JAKIM juga berperanan untuk menjaga akidah umat Islam? Sebaliknya pihak polis yang bertanggungjawab  menjaga keamanan dan keselamatan negara pula lebih proaktif dan mengambil berat laporan yang dibuat. Manakala  JAKIM pula seperti endah tidak endah terhadap perkara yang merupakan tanggungjawab mereka yang hakikat.

2)      Malah pihak mufti seperti tidak memandang serius dengan laporan yang dibuat. Bagai melepas batuk di tangga, tanggungjawabnya telah dilepaskan kepada pihak penguatkuasa. Malah pegawai dari pihak mufti seperti malas melayan perkara yang kecil ini kerana mungkin berpendapat perkara – perkara  maksiat dan makanan halal adalah lebih berbahaya berbanding soal akidah umat Islam. Mungkin nampaknya kecil, tetapi lama – lama jadi bukit, kalau dibiarkan ia bakal merebak lalu menjadi virus kepada umat Islam. Jadi dimanakah keikhlasannya? Kalau hanya sekadar melepas batuk di tangga. JAKIM hanyalah tempat mencari rezeki, yang lebih penting kepada pegawai JAKIM ialah operasi mencegah maksiat dan makanan halal, kerana isu tersebut lebih popular berbanding isu akidah umat Islam. Kalau berjaya, JAKIM akan dilihat sebagai melakukan tugasnya dengan cemerlang, hasil dari propaganda yang dicanang oleh pihak media, maka masyarakat akan melihat JAKIM telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.

3)      Bagi memperlihatkan kecemerlangan, pihak JAKIM akan memandang sepi isu – isu nyamuk seperti soal akidah dan lain – lain kerana “political mileagenya” tiada.    

4)      Sekalung tahniah pula kepada pihak En Azlan kerana sudi mendengar dan benar – benar faham tentang keseriusan laporan yang dibuat. Walaupun terdapat kemungkinan yang tipis bagi tindakan susulan, tetapi sekurang – kurangnya terdapat usaha dari pihak polis bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara serta agama Islam supaya ia kekal relevant seperti yang jelas termaktub dalam perlembagaan persekutuan.  

5)      Islam dan Melayu bagai isi dan kuku, jatuh Islam jatuhlah Melayu, hilangnya Islam maka lenyaplah Melayu, kukuhnya Islam maka bersatunya Melayu.

No comments:

Post a Comment