Monday, July 25, 2011

I Love Islam

1) Salah satu penyakit yang sering melanda orang Melayu ialah riak. Bila sudah belajar tinggi, mereka akan berasa diri sudah bijak daripada orang lain, maka mereka akan cuba mengajar orang lain tentang perkara yang dirasakan mereka lebih tahu.

2) Bila belajar agama sampai ke universiti, mereka sudah merasakan diri lebih Islam daripada orang lain. Polemik ini juga terdapat di kalangan beberapa penulis blog I love Islam, yang sesetengah daripadanya merasakan sudah cukup pandai atau lebih bijak daripada orang lain. Malangnya isu yang diketengahkan merupakan perkara yang berkaitan agama Islam yang suci. Mungkin niat sebenar pemilik blog tersebut adalah baik, iaitu ingin membantu umat Islam dalam soal berkaitan keagamaan, samaada dalam soal tauhid mahupun fiqah.

3) Tetapi jika dibiarkan tanpa tapisan, blog tersebut bakal dimanipulasi oleh penulis - penulis berfahaman kepartian, yang bakal menjadi virus yang akan merosakkan Islam itu sendiri. Dimana pendekatan secara halus yang dijalankan dengan cuba menjelaskan permasalahan hukum agar bersesuaian dengan pendirian politik mereka. Pendekatan tersebut dijalankan dengan menyamakan perkara - perkara atau elemen - elemen yang bersifat menentangkan Islam dengan polemik yang melanda dunia politik negara ketika ini. Contohnya dengan menyamakan berjuangan nasionalis Zionist dengan perjuangan nasionalis UMNO, sila baca di sini. Ia bertujuan agar perjuangan UMNO itu ditolak oleh orang Melayu.

4) Inilah bahana yang melanda orang Islam jika dibiarkan golongan yang mempunyai kepentingan diri dan tertentu berleluasa melakukan dakyah politik masing - masing atas tiket Islam. Lebih malang lagi fitnah tersebut akan lebih mudah disiarkan secara berleluasa keseluruh pelusuk dunia melalui blog, facebook, twitter dan lain - lain portal lagi - hasil kerja tangan golongan yang sudah dibrainwashkan pemikiran mereka. Golongan ini adalah golongan pengikut yang sudah jelas keliru antara yang benar dan yang salah, yang mempunyai sindrom kegagalan berfikir yang bukan hanya terdapat di kalangan mereka yang berpelajaran rendah, malah juga terdapat ramai dari kalangan yang berilmu tinggi dan berpelajaran tinggi.

5) Facebook, twitter, blog, google+ [yang bakal dilancarkan oleh Google nanti] dan lain - lain lagi, bukan lagi menjadi platform untuk kita bertukar pendapat, berkongsi maklumat, mendekatkan silaturrahim, mengimbau kenangan lampau, sebaliknya telah bertukar menjadi medan dakyah politik dan saluran penyebaran fitnah yang bertujuan untuk menarik sokongan dan juga bertujuan melakukan character assassin terhadap sesiapa yang tidak disukainya.

6) Kemudahan teknologi yang dibangunkan untuk kesejahteraan manusia telah disalah gunakan oleh manusia sendiri. Begitulah juga dengan syiar Islam yang telah diamanahkan oleh Allah melalui rasulnya iaitu Nabi Muhammad SAW kepada sekalian umatnya, juga telah diselewengkan oleh umatnya sendiri. Siapakah yang bersalah? Umat Islam ke atau musuh Islam? Tepuk dada tanyalah selera.

No comments:

Post a Comment