Friday, July 1, 2011

Konsert 2 Raksasa Tunda

1) Untuk perhatian, Konsert 2 Raksasa terpaksa ditunda ke 1 Oktober 2011 disebabkan faktor - faktor keselamatan atas arahan pihak polis.

2) Seperti yang telah diduga, penganjur akan menanggung kerugian disebabkan pertambahan kos promosi dan kadar sewa yang perlu dibayar oleh penganjur kepada pihak stadium, memandangkan jarak penganjuran telah dianjakkan ke 1 Oktober 2011. Inilah harga yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia disebabkan tindakan yang tidak bertanggungjawab gangster - gangster Bersih ini.

3) Sepatutnya penganjur Bersih yang perlu bayar ganti rugi ini kepada penganjur konsert. Kalau tidak pun biar parti PKR lah yang bayar, memandangkan mereka merupakan Parti Keadilan Rakyat. Bersesuaian dengan moto parti tersebut, malah rakyat akan dapat melihat PKR sebagai parti yang benar - benar ADIL.

No comments:

Post a Comment