Sunday, August 7, 2011

Perbezaan Pendapat & Embrace Diversity

1) Aku berpendapat tidak salah untuk setiap orang berbeza pendapat. Malah ia merupakan salah satu prinsip demokrasi dalam Islam itu sendiri. Maka, aku mengambil pendirian menamakan blog ini sebagai My View, yang secara terang menjelaskan dan menyuarakan pendapat peribadi ku.

2) Para pembaca boleh menyuarakan pendapat masing - masing di ruangan komen setiap tampalan "post" yang dikeluarkan. Pembaca boleh menyatakan pendapat samaada bersetuju atau tidak, terpulanglah.

3) Marina Mahathir di dalam blog beliau menulis "Embrace Diversity" bagi mempelopori pandangan yang berbagai - bagai dan menghormati perbezaan pendapat, budaya dan agama dalam masyarakat kita. Sama ada beliau benar - benar mendokong semangat "Embrace Diversity" tidaklah diketahui jika dilihat pandangan beliau di dalam blog mahu pun dalam kolum akhbar The Star.

4) Adakah dengan menyuarakan pendapat dengan melakukan konfrontasi serta mengkritik pandangan seseorang itu bermakna kita telah "Embrace Diversity", atau pun mengadakan sesi dialog dan bertukar pendapat itu barulah boleh dianggap "Embrace Diversity" dalam erti kata sebenar? Pada aku, seseorang tersebut haruslah jujur dan bersedia menerima pandangan yang berbagai - bagai hatta berbeza sekali pun.

5) Adakah perbincangan dan perbualan aku dengan saudara Najieb yang sering mencakupi bermacam - macam tajuk, baik dalam soal agama, politik, teologi, hubungan kemanusiaan, psikologi, sejarah dan lain - lain boleh diterima sebagai "Embrace Diversity"? Berbalik kepada soal pokok iaitu mencari titik pertemuan, sedia menerima pandangan yang berbagai - bagai yang kadang kalanya bertentangan tetapi tetap menjurus kearah matlamat yang satu barulah boleh dianggap sebagai "Embrace Diversity"?

6) Bagaimanakah pula dengan pandangan Nik Aziz yang satu ketika dahulu pernah menyatakan "Jika melawan UMNO tiba - tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid" - bukankah itu merupakan fatwa yang bukan pandangan yang tidak boleh kita pertikaikan? Jika dipertikaikan kita akan dianggap sebagai tidak "Embrace Diversity"? Dimanakah salahnya? Pandangan dan fatwa beliau ke atau kita yang tidak "Embrace Diversity"? Bukankah halal dan haram, dosa dan pahala itu adalah hak Allah? Bukankah perbuatan beliau itu boleh dianggap sebagai melanggari hak Allah?

7) Bagaimanakah pula dengan amanat Hadi Awang yang pernah menyatakan " Saudara - saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO. Kita menentang BN bukan kerana lama dia memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang - undang kafir, mengekalkan peraturan jahilliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara - saudara sekalian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak - puak ini kerana kalau kita mati melawan puak - puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tak perlu masuk Buddha, kita perlu masuk Hindu, kita tak perlu masuk Kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku". Adakah dengan "Embrace Diversity" kita perlu biarkan sesiapa saja malah Hadi Awang sekali pun boleh menyatakan pendapat peribadi beliau seperti di atas?

8) Ya mungkin pemikiran kita masih belum lagi matang atau masih lagi ketinggalan zaman, masih lagi dibuai oleh abad ke 6. Bagaimanakah pula dengan pihak berkuasa khususnya pihak polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam termasuk ketika mengawal demontrasi Bersih tempoh hari, adakah mereka juga tidak "Embrace Diversity"? Yang menghalang penyokong dan penganjur Bersih menyuarakan pandangan mereka di atas jalan raya? Adakah penganjur dan penyokong demontrasi Bersih adalah merupakan pihak yang "Embrace Diversity" manakala pihak berkuasa pula tidak "Embrace Diversity"?

9) Soalnya di sini sejauh manakah "Embrace Diversity" boleh diterima pakai, apakah sempadannya? Atau bagaimana pulanya dengan blog ini, yang berbicara tentang soal agama? Adakah blog ini juga melanggari hak Allah? Itu tidak dapat dipastikan, tetapi setahu aku, aku tidak pernah cuba menjatuhkan hukum terhadap seseorang tetapi hanya sekadar menyuarakan pandangan peribadi ku berkenaan sesuatu isu.

10) Bagaimanakah pula dengan orang yang dituduh ada "affair" dengan isteri orang, sedangkan hakikatnya tidak semua orang tahu yang perhubungan tersebut memberi kesan sebaliknya. Melihat dari syariatnya ternampak kesalahannya, tetapi adakah hakikatnya salah? Pemikiran kita sering telah "preoccupied" dengan maksud perkataan "affair" itu adalah salah, lalu akhirnya kita telah menutup diri kepada kebenaran yang hakikat. Tanpa disedari kita telah dan sering mendahului orang lain hatta Tuhan sekali pun dalam menghukum orang disebabkan pemikiran yang telah "dipreoccupiedkan" tersebut, yang menutup diri kepada kebenaran yang hakikat. Mungkin ada betulnya apa yang dikatakan oleh Robert Greene, manusia mempunyai terlalu banyak "insecurities" atau bayang - bayang diri yang cuba diselindunginya.

11) Begitulah bahana bila ramai yang ingin menjadi Tuhan, menghukum sesama manusia mengikut selera hati. Tanpa disedari mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Berapa ramaikah kita sedar tentang hal tersebut? Kenapa ia terjadi? Mungkin kerana jiwa yang tawaduk yang lahir dari cahaya iman tidak terpancul keluar dari dalam diri.

12) Inilah belengu yang juga sering melanda orang yang berpendidikan tinggi yang juga berilmu agama tinggi yang sering dinobatkan sebagai ulama. Sering kali dalam menyuarakan pendapat, golongan terpelajar dan ilmuwan tersebut gagal dalam mengartikulasikan sesuatu isu tersebut secara prakmatik dan praktikal. Terlalu hendak bersarjana, mendokong pandangan berteori yang dicedok bulat - bulat dari buku. Inilah polemik yang sering melanda golongan yang datang dari dunia undang - undang, ilmuwan dan akedemik , yang sering melihat sesuatu isu tersebut dalam bentuk hitam dan putih. Realitinya akan dilupakan. Akhirnya kegagalan berfikir di luar kotak akan melanda, yang akan membantutkan pengembangan minda dalam masyarakat keseluruhannya.
   

No comments:

Post a Comment