Friday, October 19, 2012

Buang Masa

1) Sesungguhnya aku malas nak berbicara soal politik ni dalam facebook. Bila diutarakan sesuatu tajuk, sebaliknya tajuk lain yang dibicarakan.

2) Tak nak aku merugikan masa berbicara dan berdebat dalam soal yang pasti tak akan memberi apa - apa hasil. Kalau beliau hendak sangat berdebat dan membuang masa beliau, pergilah cari orang lain yang ingin berdebat dan membuang masa seperti mana beliau inginkan. Maaflah aku tiada masa.

3) Sudah pasti aku tak akan dapat mengubah pendirian dan pandangan beliau dalam soal yang dibicarakan, malah beliau juga tak akan dapat mengubah pendirian dan pandangan aku. Bersengkang mata merugikan masa pada lewat malam berbicara, berbincang dan berdebat dalam perkara yang tak akan membawa sebarang hasil, pada firasat aku hanyalah sekadar membuang masa.

4) Kita haruslah berbicara, berbincang dan berdebat atas dasar ingin mencari ilmu, bukannya menegakkan benang yang basah. Dah la pemikiran itu terlalu idealistik dan berpolitikan, hanya sekadar hendakkan kemenangan dalam berdebat, pada aku buat apa kalau menang sorak kampung tergadai.